Nama diberi Muhammad Shah Rizal Bin Sahlan, saya berusia 25 tahun dan telah dilahirkan di Hospital Changkat Melintang, Perak pada 05 September tahun 1994. Saya berasal dari Perak dan dibesar di Sungai Besar Selangor. Saya merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik.
Ibu yang tercinta bernama Norizan Binti Mohd Shafie, manakala bapa pula bernama Sahlan Bin Masiran.
Untuk pengetahuan semua, setelah tamat pembelajaran di tingkatan lima dan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan izin Allah saya telah melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam.
Menurut hadis di dalam shahihul jami', " Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain". Dengan itu, saya bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang pensyarah kerana ingin berkongsi ilmu kepada bakal pendidik dan melahirkan generasi yang bermodal insan dan disanjung tinggi pada mata dunia. Azam saya ketika melangkah kaki ke universiti ini adalah untuk belajar bersungguh-sungguh demi mendapatkan ‘first class’ ataupun grad dengan dekan agar tidak menghampakan harapan ibu dan bapa tercinta. Tanpa mereka siapalah saya.
Tidak dinafikan setiap insan menginginkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni dalam kehidupan, termasuklah saya sendiri. Saya amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah melengkapi hidup saya dengan kehadiran ayah, ibu, kakak,dan adik yang mana telah membentuk satu keluarga yang saling melengkapi antara
satu sama lain.
Pada masa senggang atau terluang, saya gemar melancong yang dapat memberi manfaat kepada saya dan dapat menikmati keindahan alam. Di samping itu, saya juga suka melayari internet untuk mengumpul pelbagai maklumat mengenai kerjaya profesional yang bakal menjadi pilihan saya demi masa hadapan kelak.
Akhir sekali, saya berharap agar segala onak duri dan badai yang melanda di alam universiti ini dapat saya tempuhi dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Hal ini agar impian saya untuk menggapai cahaya kemenangan iaitu mendapat ‘first class’dan menjadi pensyarah adalah satu realiti dan bukannya sia-sia. Semoga doa saya dimakbulkan oleh tuhan In Sha Allah.
Assalamualaikum, saudara Shah Rizal. Semoga sihat sahaja. Saya Afiz daripada Selangor. Di sini saya mahu mempertengahkan satu soalan, saya mempunyai kelulusan diploma in nursing. Boleh kah saya mengambil latihan dalam Polis dan menjadi jururawat dalam aliran polis.
ReplyDelete