Entry kali ini entry khas yang ditulis khas untuk diri saya, seorang calon konstabel polis ditujukan untuk sesiapa yang berminat nak bergelar pegawai polis. Alhamdulillah saya hanya sekali terima panggilan temuduga polis dan terus berjaya.
Tapi pengalaman berharga tu dia nak share dengan orang lain yang nak tahu tentang proses pengambilan konstabel polis. Katanya lepas dia google tak banyak maklumat yang available mengenai proses untuk memohon menjadi pegawai polis.
Here goes:
======
Pengalaman saya selama 1 kali menjalani proses pengambilan calon konstable polis iaitu pada tahun 2015. Tujuan saya sekadar berkongsi pengalaman kepada semua yg berminat utk menyertai PDRM.
Proses pengambilan calon konstabel polis bermula dengan:
1. Isi borang SPA online
2. Ujian fizikal
3. Temuduga + Medical check up
4. Malaysian Integrity Test (MIT)
5. Ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL)
1. Isi borang SPP online www.spa.gov.my/
Anda perlu isi borang SPA Online dengan memilih jawatan yang anda inginkan di ruangan Jawatan dalam PDRM. Ini kerana PDRM tidak lagi mengeluarkan borang di IPD. Seterusnya kalau ada rezeki anda hanya perlu menunggu pangilan telefon daripada IPD berdekatan anda utk mengambil surat menjalani Ujian Fizikal.
Pengambilan Konstabel hanya dibuka 2 tahun sekali. Kalau sudah lama anda mengisi borang SPA tetapi tidak mendapat pangilan, Ada 3 perkara yg perlu dibuat:
1. Check balik sama ada anda melepasi syarat-syarat menjadi Konstabel polis mengikut ketetapan SPA- umur, tinggi,kelulusan pendidikan dll. (kalau rasa ketot, masih bawah umur sila sedar diri dengan kadar segera)
2. Selalu update SPA atau isi lain borang SPA anda.
3. last sekali telefon unit pengambilan PDRM untuk maklumat lanjut.
Pengambilan polis kini adalah di bawah kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis.
2. Ujian Fizikal
Anda akan diminta hadir ke sekian tempat (aq di PGA Cheras) dengan membawa beberapa salinan dokumen. Seeloknya datang awal utk memudahkan segala urusan. kesemua aktiviti di lakukan dalam dewan.
Antara aktiviti dalam Ujian Fizikal:
- check BMI
- Tekan tubi 20x
- Bangun tubi 20x
- lari ulang alik 10x
- lompat bintang 20x
- lompat turun tekan tubi 20x
- check anggota badan
- kawad & suara (minum air asam jawa dulu sebelum interview, kasik vokal mantap)
Gilos dahsyat kan nak masuk. Agak-agak dah semput tuh start la pergi gym sekarang sebelum ujian fizikal nih.
Pada pengambilan tahun 2015 lebih kelonggaran diberikan, antaranya yang rabun (berkaca mata) dengan power tertentu dibenarkan dan yg dah berkahwin (wanita) pun dibenarkan tapi jangan pregnant sudah.Jika anda berjaya dalam Ujian Fizikal, tidak semestinya anda akan dipanggil ke temuduga seterusnya.
3. Temuduga + Medical Check up
“Kenapa nak jadi polis ni?”
“Saya nak masuk filem KL Gangster 4.”
Jika anda lepas di ujian fizikal maka anda akan terus dapat surat menghadiri temuduga pada sekian tarikh. Temuduga adalah yg paling mencabar sekali. Pada hari aku berjaya dalam temuduga hanya ramai juga yang berjaya walaupon mengeletor lutut.. huhu. Skop temuduga adalah berkisar tentang PDRM, Isu semasa, pengetahuan agama dan lain-lain. Paling banyak ditanya adalah soalan mengenai PDRM.
Anda akan di temuduga oleh 3 panel penemuduga. 2 panel dari PDRM yg berpangkat keris silang tu... jangan main-main.... huhu. 1 panel lagi daripada SPA. Semuanya bergelaran datuk & tan sri.
Anda akan ditemuduga secara berseorangan. duduk atas kerusi dihadapan panel dengan jarak 3 meter lebih kurang. masa tu lah ketar lutut, nak terkencing, otak blur semuanya ada...
Pakaian
Pakaian kemaja putih, black tie, black belt, seluar slack hitam, sepatu hitam lg berkilat. kalau ada blazer lg style... Rambut, janggut & misai pun kena potong kemas.. biar nampak berminyak rambut tu...jangan kering serabai. Kalau wanita pakai baju kurung & sepatu hitam bertutup saja. Jangan lupa seterika baju biar nampak line kalau seluar slack tu...
Adab ketika di bilik temuduga
Bila masuk ke bilik temuduga langkah kehadapan sedikit kemudian bagi salam... Asalamualaikum Tan sri (tgk gelaran yg tertinggi). (make sure sebut nama Tan Sri dengan nama paling menggoda) Kemudian jalan ke kerusi... jalan la segak2 jangan jalan mcm nk pi pasar. kemudian duduk di kerusi bg segak.. jangan bongkok2 duduk tu.. dan ucapkan terima kasih tuan/tansri/datuk. kalau anda seorang bekas anggota badan uniform jangan hentam kawad mcm kat padang kawad.. kawad biasa saja.. x payah nak hentak kaki bagai.
Bila hendak menjawab soalan kena ada eye contact dan kalau x faham soalan minta diulang soalan dengan sopan. Jangan yg ditanya lain dijawabnya lain.
Kalau anda x tahu jawapan, jangan merapu.. kena panel semuanya otai-otai.
Cuba maintain cool & sentiasa senyum walaupun tak dapat menjawab 1-2 soalan. kalau korang down masa tu habis la... awal2 dah down mcm mana pulak kat pulapol nanti.
Soalan-soalan temuduga
Sebenarnya dalam temuduga ini kalau confident & well prepared, ada pengalaman bekerja sikit tak kira lah kerja apa pun, public relation (PR) bagus insyallah akan menolong anda dalam temuduga ini.
Panel l daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) akan menanyakan soalan yg berkaitan diri anda saja... tak melibatkan PDRM. Panel ini akan bertanya soalan dalam bahasa melayu.
Antara soalannya yg febret:
Ceritakan pasal latar belakang diri anda?
masa nie la anda ceritakan tentang diri anda secara ringkas & padat ( tentang family,pendidikan,pencapaian,pengalaman kerja dll). Jangan sampai Panel l cakap itu saje?... itu maksudnya terlalu pendek. Ambil masa anda dan anggap spt anda sedang bersembang. kalau ini temuduga anda yg kali ke2 @ ke3 bagitau la kpd Panel.. sbb diaorang tak tau korang dah berapa kali temuduga.
Kenapa nak masuk PDRM?
Rata-rata calon akan menjawab saya nak masuk PDRM sebab saya betul-betul berminat. Puii.. lepas masuk pulapol sebulan masa tu minat pun dah hilang. tak dinafikan ada yg betul berminat tp support jawapan MINAT anda dengan beberapa alasan lain lagi...cthnya gaji polis dah mahal & menjamin masa depan... cewah..hahaha.
Bagaimana bidang pengajian yang pernah anda pelajari dapat diaplikasikan didalam PDRM?
Cthnya kalau anda mempunyai ijazah vetrinar mcm mana nak jawab? belajar pasal binatang jer... haa.. cakap la dalam PDRM pun ada unit haiwan spt unit berkuda dan unit anjing (K9) jd boleh diaplikasikan disitu.. cuba relatekan bidang yg anda belajar dengan PDRM.
Panel ll daripada PDRM. beliau akan menanyakan soalan dalam English..huhu.. ramai calon yg x berapa reti nak speaking akan jem kepala otak kat sini hingga menyebabkan failed temuduga.. sebenarnya korang tak tau yg markah utk English tu sikit jer, x effect pun kalau tak fasih. Bantai cakap jer.. beliau cuma nak psiko jer. Apa yg penting keep cool.
Tapi soalan beliau agak tricky jugak.. cth soalan yg pernah ditanya yg saya pun x berapa ingat, lebih kurang mcm nie la.. which one is correct? do the right thing or do the thing right.... kalau x dengar betul2 mau konfius dibuatnya.
Beliau juga akan menanyakan soalan berkaitan tentang bidang pengajian anda. faham betul2 apa yg anda belajar.. jangan sampai apa yg korang belajar pun korang x tau apa-apa... Ada jugak soalan berkaitan PDRM dan isu semasa.
Seterusnya, jangan dok pandai-pandai cakap pasal apa yg korang tak tau kerana yg korang tak tak tau itulah akan soal balik...
Panel lll juga daripada PDRM tapi beliau menanyakan soalan dalam bahasa melayu. Beliau agak tegas tapi best..huhu..Kebanyakan soalan beliau adalah soalan basic tentang PDRM. Kalau basic pdrm pun x tau..memang teruk la. cth : PDRM bawah kementerian apa, dalam PDRM ada berapa jabatan, visi & misi PDRM dll...
Di penghujung temuduga... Anda akan dapat merasakan yg anda SESUAI atau TIDAK SESUAI dalam temuduga. Habis interview anda perlu menunggu di dalam dewan dimana anda akan mengetahui keputusan temuduga.
Selepas sesuai temuduga
Kalau anda SESUAI temuduga bermaksud anda telah berjaya dan perlu mengisi borang, urine test, cap jari... lepas itu ada taklimat utk medikel check up dan Special Branch dll..walaupun anda sudah sesuai temuduga jangan berhenti kerja lagi kerana selepas ini ada lagi satu ujian iaitu ujian Malaysian Integrit Test (MIT).(tapi masa aq dulu xde lg MIT ni..hehe).. kalau lulus MIT baru la berhenti kerja... kalau x ibarat yg dikejar x dapat yg dikendong berciciran...
4. Malaysian Integrity Test (MIT)
Daripada kajian yg saya buat sedikit sebanyak kpd golongan yg failed MIT dapat lah saya simpulkan beberapa faktor. Antaranya:
I. Pengurusan masa
114 soalan perlu dijawab dalam masa 30 min. Oleh kerana pertama kali mengambil ujian ini maka calon yg terlalu berhati-hati dalam menjawab soalan akan kesuntukan masa. Ada yg x habis jawab soalan pun ada jugak. kira-kira 4 soalan dalam 1 min... klau baca 1 soalan 2-3 kali mmng x sempat la.
II. Panik
kalau dah kesuntukkan masa jadi panik la jawabnya.. berlaku la kesilapan yg bodoh spt tersilap menanda jawapan soalan A ke jawapan soalan B. Dengan masa yg singkat x sempat nak double check balik jawapan.
III. Failed disebabkan mencapai objektif MIT itu sendiri.
MIT adalah ujian Psikometrik utk menilai kecenderungan personaliti seseorang itu. Ekoran banyak berlaku kes-kes korupsi kebelakangan ini. Jadi antara objektif ujian MIT dilakukan bagi menapis calon yg cenderung kearah korupsi.
Setelah lulus MIT anda akan mendapat pangilan daripada unit pengambilan Bukit Aman utk mengambil surat lantikan di sekian tempat sebulan sebelum masuk ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) (kat sni baru rasa sengsara...hehehe)
Jika anda mendapat secebis ilmu daripada perkongsian ini, tidaklah saya meminta apa-apa balasan... sekadar doa utk kejayaan saya di dunia dan di akhirat....
Terima kasih, alhamdulillah sekarang sedang menunggu surat tawaran ke pulapol. Insyaallah jika ada rezeki
ReplyDeleteMacam ambil ayat org lain je😅
ReplyDeletePower yang dibenarkan tu berapa kebawah eh?
ReplyDeleteSemoga tuan di murah kan rezeki semoga dengan pengongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak urusan saya nanti aminnn .
ReplyDelete