Friday 5 April 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG DI MASJID BANDAR SPRINGHILL LUKUT

Assalamuaalaikum semua...haa hri ni aku nak share aktiviti gotong royong kat Masjid Bandar Springhill Port Dickson...jap..aq bagi tentetif program....

" Program PPM Balai Polis Lukut - Majlis Penyerahan Peti Cadangan / Maklumat & Gotong Royong Di Kawasan Masjid Bandar Springhill"

Tarikh :

  • 02 Mac 2019


Masa :

  • 0800 Hrs - 1200 Hrs.


Tempat :

  • Masjid Bandar Springhill Lukut 71010 Port Dickson . N.Sembilan.


Anjuran :

  • Masjid Bandar Springhill & Balai Polis Lukut


Objektif Program :-

▪Dapat mengekang jenayah spt kes curi wang tabung dan curi motosikal di kawasan masjid, dan mendapatkan sebarang maklumat berkaitan jenayah yang berlaku di masjid dengan penyediaan peti cadangan / maklumat oleh PDRM.

▪Dapat mewujudkan kerjasama diantara PPM dan pihak masjid untuk menyediakan  ruang sudut bagi dijadikan papan informasi Polis yang dapat memberi info berkaitan pencegahan jenayah melalui pamplet PDRM yang ditampal di papan² informasi tersebut.

▪ Satu langkah untuk mewujudkan jaringan kerjasama dan merapatkan silaturahim antara pihak PDRM khususnya Balai Polis lUkut dengan warga setempat dan komuniti.
Perlaksanaan Program :-

🔖Ucapan aluan oleh Pengerusi Masjid Bandar Springhill

🔖Penyampaian Peti Cadangan / Maklumat kepada Pengerusi Masjid Bandar Springhill oleh PPM Insp Akmal Bin Salleh.

🔖Gimik pelancaran lanskap di kawasan hadapan Masjid Bandar Springhill oleh pelajar Politeknik Nilai dan Port Dickson.

🔖Sesi Bergambar.

🔖Bersurai.

Kehadiran/ VIP

  • Insp Akmal Bin Salleh (Pegawai Perhubungan Masjid Bandar Springhill)
  • Sub/Insp Zazali Bin Tawil (KPB Lukut)
  • Angota Balai Polis lukut : 09 Org
  • AJK Masjid/wakil : 20 Org.
  • Pelajar Politeknik Nilai & Port Dickson : 50 org


Maklumbalas :


  • Pengerusi masjid dan wakil ajk masjid yang hadir amat berpuashati dan berterima kasih dengan program PPM yang  dilaksanakan oleh pihak PDRM kerana dapat bekerjasama dalam aspek pencegahan jenayah di masjid² kariah mereka.








Terima Kasih

WEDDING MEMBER

Assalamualaikum gais...hari ni aku nk ctew pasal aq g wedding member kat kajang jaa...xjauh pon..so aq mulakan dengan kenalkan laa member aq ni sapa kan...hehehe...actually dia ni kawan masa belajar kat Politeknik PSAS dulu...lama jugak laa terpisah hubungan lepas abis belajar...alhamdulillah nasib dia ingat nak jemput aq pi wedding dia....fyi dah lama lost contact rupanya dia keje polis ,,,polis merin plak tu...wowwww...so amazing....ahahahha...(x sangka kau jd polis yooo).



haaaa....ni laa pengantin kitew....so hensem uolllss....

ni isteri yang tercinta....bagai pinang dibelah dua....hehehhe



kenapa baju putih tu mcm terencat jaa....opppsss..
tgh bahgia tu....hahahah




eh...eh...abg sornag tu nak jalan g mana....majlis x selesai lg laa...


alhamdulliah.......


alamak....terselfie pulak....x dpt ngan pengatin ngn kawan2 pon jadi laa...ni sume pon lama x jumpa...hehehehe



ni laa geng monyet....semua sama tempat belajr dulu...yang baju putih tu semua monyet crew...ahahahaha


Rasanya ckup tu je kot...ada masa lagi aq share lagi ctew k...trima ksih yang sudi membaca...bye....assalamualaikum....

ADAB DENGAN GURU

BAGAIMANA KITA MEMANDANG GURU

Al-Imam Ali bin Hasan Al-Aththas mengatakan:

ﺍﻥ ﺍﻟﻤﺤﺼﻮﻝ ﻣﻦ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻭﺍﻟﻔﺘﺢ ﻭﺍﻟﻨﻮﺭ ﺍﻋﻨﻲ ﺍﻟﻜﺸﻒ ﻟﻠﺤﺠﺐ، ﻋﻠﻰ ﻗﺪﺭ ﺍﻻﺩﺏ ﻣﻊ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﻭﻋﻠﻰ ﻗﺪﺭ ﻣﺎ ﻳﻜﻮﻥ ﻛﺒﺮ ﻣﻘﺪﺍﺭﻩ ﻋﻨﺪﻙ ﻳﻜﻮﻥ ﻟﻚ ﺫﺍﻟﻚ ﺍﻟﻤﻘﺪﺍﺭ ﻋﻨﺪ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺷﻚ.

"Memperoleh ilmu, futuh dan cahaya yakni terbukanya hijab batin, adalah sesuai kadar adabmu terhadap gurumu. Kadar besarnya gurumu di hatimu, maka demikian pula kadar besarnya dirimu di sisi Allah tanpa ragu".
(Al-Manhaj As-Sawiy: 217).

Imam Nawawi ketika hendak belajar kepada gurunya, beliau selalu bersedekah di perjalanan dan berdoa;

"Ya Allah, tutuplah dariku kekurangan guruku, hingga mataku tidak melihat kekurangannya dan tidak seorangpun yg menyampaikan kekurangan guruku kepadaku".
(Lawaqih Al-Anwaar Al-Qudsiyyah:155)

Beliau pernah mengatakan dalam kitab *At-Tahdzib*nya:

ﻋﻘﻮﻕ ﺍﻟﻮﺍﻟﺪﻳﻦ ﺗﻤﺤﻮﻩ ﺍﻟﺘﻮﺑﺔ ﻭﻋﻘﻮﻕ ﺍﻻﺳﺘﺎﺫﻳﻦ ﻻ ﻳﻤﺤﻮﻩ ﺷﻲﺀ ﺍﻟﺒﺘﺔ

"Derhaka kepada orang tua dosanya boleh hapus oleh taubat, tapi derhaka kepada ustadzmu tidak ada satupun yg dapat menghapusnya".

Habib Abdullah Al-Haddad mengatakan;

"Paling bahayanya bagi seorang murid, adalah berubahnya hati gurunya kepadanya. Seandainya seluruh wali dari timur dan barat ingin memperbaiki keadaan si murid itu, niscaya tidak akan mampu kecuali setelah gurunya ridha kembali".
(Adab Suluk Al-Murid : 54)

Para ulama ahli hikmah mengatakan;

"Barangsiapa yang mengatakan "kenapa?" kepada gurunya, maka dia tidak akan bahagia selamanya".
(Al-Fataawa al-Hadiitsiyyah: 56).

Para ulama hakikat mengatakan;

"70% ilmu itu diperoleh sebab kuatnya hubungan (batin,adab dan baik sangka) antara murid dengan gurunya".

Moga kita semua termasuk murid yang baik dan mendapat berkah dari guru kita.

اللهم آمين.

PEBARISAN SEMPENA HARI POLIS KE 212 IPD PORT DICKSON

MAJLIS SAMBUTAN PERBARISAN PERINGATAN HARI POLIS KE-212 TAHUN 2019 PERINGKAT IPD PORT DICKSON

TARIKH
25 Mac 2019 (Isnin)

MASA
0745 Hrs - 1100 Hrs

TEMPAT PROGRAM
Jalan Mahajaya (Hadapan CIMB BANK), Port Dickson

KEHADIRAN JEMPUTAN
- YB Ravi A/L Munusamy (Adun Sri Tanjung)
- Puan Fauzan Shahira Bt Fadzil (Wakil Pegawai Daerah Port Dickson)
- Ketua² Jabatan / Wakil dari Pelbagai Agensi Daerah Port Dickson
- Pengurus-Pengurus Hotel / Wakil Daerah Port Dickson
- Pengetua/Guru Besar Sekolah Daerah Port Dickson
- Ketua-Ketua Masyarakat Daerah Port Dickson
- Masyarakat Setempat

KEHADIRAN IPD
- YDH Supt. Aidi Sham Bin Mohamed (KPD Port Dickson) bersama YBhg. Puan Nor Laila Binti Mohd Hanifa (Pengerusi PERKEP Port Dickson)
- YDH DSP Mohd Faisal Bin Mohd Noor (Tim. KPD Port Dickson) bersama YDH ASP Norimy Binti Mohamad Nor (Naib Pengerusi PERKEP Port Dickson)
- Semua Ketua² Bahagian
- Semua Ketua Polis Balai
- Pegawai² Kanan
- PRP
- Pegawai Awam
- Ahli PERKEP
- Keseluruhan kehadiran adalah seramai (600) orang termasuk warga PERKEP IPD Port Dickson serta penduduk tempatan_*

TUJUAN / OBJEKTIF
Menjadi satu platform dalam merapatkan ukhwah silaturrahim dan menanamkan semangat Esprit de'corp pada setiap jiwa warga PDRM IPD Port Dickson serta menjalin hubungan baik sesama ahli keluarga Polis serta bersama masyarakat setempat daerah Port Dickson
- Sempena memperingati hari polis yang ke-212 bagi tahun 2019 Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson

PERSEMBAHAN
- Deklamasi sajak
- Persembahan K-9
- Persembahan Tatoo PDRM
- Lintas lalu aset PDRM
- Gimik pencegahan jenayah








Sekian, terima kasih.

PAMERAN PDRM SEMPENA PROGRAM JENAYAH KOMERSIL.

1)TARIKH : 31.03.2019. (Ahad)

2)MASA :0730-1300hrs

3)TEMPAT:
PADANG TAMAN LUKUT MAKMUR.

4) ANJURAN :
MPKK KAMPUNG LUKUT

5) KEHADIRAN:

▪INSP SYAMSUL AMIR - KBSJKD IPD PD

▪INSP NIK SHAFIAH BT NASIR
-PEG.BSJK IPD PD

▪SI ZAZALI BIN TAWIL
- KPB LUKUT

▪EN.HJ ZAKARIA BIN BAHARI
- KETUA KAMPUNG

▪EN.MOHD NGIRING BIN HJ SAILAN
-PENGERUSI TAMAN

6) AGENSI2 YANG TERLIBAT
▪PEJABAT KESIHATAN

7) PEGAWAI / ANGGOTA BERTUGAS PDRM :


  • SJN 122724
  • KPL 164632
  • KPL 147602
  • LKPL 179003
  • LKPL 178682
  • KON 203828                                                       
  • KON/SP 26326


🔹PAMERAN :
▪Narkotik                                                                       
▫Kpl/D 177325 Azmi

▪Jenayah
▫KPL/D 103998 ZAINUDDIN BIN ISMAIL

▪BPJKKD ( MPV/URB ):
▫KPL 137762 MARYATI BT ABDUL HALIM @ MD NOR

8) Objektif :

  • Pameran diadakan adalah bertujuan untuk memberi penerangan dan langkah-langkah pencegahan jenayah  serta kesannya jika terdapat penglibatan komuniti  dengan sebarang aktiviti jenayah/dadah dan mempamerkan aset-aset yang di miliki oleh Pasukan PDRM.
  • Merapatkan lagi hubungan di antara PDRM  dan Jabatan-Jabatan Kerajaan, NGO-NGO dan Komuniti setempat bertepatan  dengan moto PDRM Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada.











SEJARAH LUKUT PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN

Sejarah Kegemilangan Lukut:

Sebelum era kemajuan perlombongan biji timah di Lukut, Kota Lukut ini asalnya di buka oleh Raja Busu pada sekitar tahun 1820-an atas arahan Raja Selangor pada ketika itu iaitu Sultan Muhammad Shah (1826-1857).

Pemberontakkan berlaku pada sekitar tahun 1834 oleh orang-orang cina kerana tidak puas hati dengan cukai biji timah yang tinggi menyebabkan Raja Busu dan ahli keluarganya terbunuh di kediamanya yang telah di bakar oleh pemberontak.

Tak lama kemudian seorang anak raja Melayu Bugis dari Riau, Raja Jaafar ibni Almahrum Raja Ali telah datang bersama puteranya Raja Jumaat dan Raja Abdullah. Raja Jaafar telah membuka perusaan biji timah di Lukut sehingga kawasan tersebut menjadi maju.

Putera kepada Raja Jaafar, Raja Jumaat telah mewarisi perusahaan biji timah kemudiannya telah membina Kota Lukut dan terus memajukan perusahaan biji timah sehingga menjadi pengusaha biji timah terkaya di Selangor pada pertengahan abad ke-19.

Pada 1864, Raja Jumaat telah meninggal dunia dan di warisi oleh anaknya Raja Bot.

Raja Bot banyak mendapat tentangan oleh musuh pada takuk pemerintahannya terutama daripada Raja Sulaiman. Bagi mengukuhkan kota, Raja Bot telah memperbesarkan kota dan telah di perkuatkan dengan 30 askar Arab.

Ketika peperangan berlaku, kota ini telah di jadikan tempat perlindungan kanak-kanak dan kaum wanita.

Akibat kegawatan politik dan kekacauan yang berlaku, kota Lukut semakin lemah dan Raja Bot telah di lucutkan jawatannya sebagai pemerintah Lukut pada tahun 1878.





ZIKIR HARIAN


JUMAAT : 

YA ALLAH – 1,000 KALI, ALLAH HAMPIR KEPADA KITA, ALLAH BERI KITA SOLAT, ISLAM, RAJIN, SUKA, LAZAT, BERAMAL IBADAH, TIDAK MALU TUTUP AURAT BAGI PEREMPUAN.

SABTU : 

LAA ILAHA ILLA ALLAH – 1,000 KALI, 
SENANG HATI, AMAN DAN TENTERAM.

AHAD : 

YA HAYYU YA QAYYUM – 1,000 KALI,
ALLAH HIDUPKAN KITA DAN BERI PELIHARAANNYA.


ISNIN : 

LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM – 1,000 KALI, 
SATU KALIMAT UMPAMA SATU BUKIT UHUD. BANYAK KALI SEBUT HILANGLAH SIFAT MENUNJUK-NUNJUK, KEJI, RIAK, TAKABBUR, SAYANGKAN DUNIA DAN SEBAGAINYA.


SELASA : 

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADIN ABDIKA WARUSULIKA NABIYYI WA UMMIYYI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM – 1,000 KALI,
ALLAH AMPUNKAN DOSANYA SATU TAHUN (KALAU NAK PENDEK SELAWAT KE ATAS NABI)

RABU : 

ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM – 1,000 KALI,
SATU KALI SEBUT HILANG SATU TITIK HITAM DALAM HATI KITA. SATU TITIK HITAM ADALAH DARI SATU DOSA, JIKA TIDAK MEMINTA MAAF (MENGHILANGKANNYA) WALAUPUN SEMBAHYANG,KITA AKAN MASUK NERAKA SELAMA MANA TITIK HITAM TERSEBUT BERADA DALAM HATI KITA.



KHAMIS : 

SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH – 1,000 KALI,
ALLAH AMPUNKAN DOSA SEBANYAK BUIH DILAUT, DAN SATU KALI SEBUT TUMBUH SATU POHON SYURGA UNTUK KITA DI TAMAN SYURG