Friday 5 April 2019

SEJARAH LUKUT PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN

Sejarah Kegemilangan Lukut:

Sebelum era kemajuan perlombongan biji timah di Lukut, Kota Lukut ini asalnya di buka oleh Raja Busu pada sekitar tahun 1820-an atas arahan Raja Selangor pada ketika itu iaitu Sultan Muhammad Shah (1826-1857).

Pemberontakkan berlaku pada sekitar tahun 1834 oleh orang-orang cina kerana tidak puas hati dengan cukai biji timah yang tinggi menyebabkan Raja Busu dan ahli keluarganya terbunuh di kediamanya yang telah di bakar oleh pemberontak.

Tak lama kemudian seorang anak raja Melayu Bugis dari Riau, Raja Jaafar ibni Almahrum Raja Ali telah datang bersama puteranya Raja Jumaat dan Raja Abdullah. Raja Jaafar telah membuka perusaan biji timah di Lukut sehingga kawasan tersebut menjadi maju.

Putera kepada Raja Jaafar, Raja Jumaat telah mewarisi perusahaan biji timah kemudiannya telah membina Kota Lukut dan terus memajukan perusahaan biji timah sehingga menjadi pengusaha biji timah terkaya di Selangor pada pertengahan abad ke-19.

Pada 1864, Raja Jumaat telah meninggal dunia dan di warisi oleh anaknya Raja Bot.

Raja Bot banyak mendapat tentangan oleh musuh pada takuk pemerintahannya terutama daripada Raja Sulaiman. Bagi mengukuhkan kota, Raja Bot telah memperbesarkan kota dan telah di perkuatkan dengan 30 askar Arab.

Ketika peperangan berlaku, kota ini telah di jadikan tempat perlindungan kanak-kanak dan kaum wanita.

Akibat kegawatan politik dan kekacauan yang berlaku, kota Lukut semakin lemah dan Raja Bot telah di lucutkan jawatannya sebagai pemerintah Lukut pada tahun 1878.





No comments:

Post a Comment